Jumaat, 23 Februari 2018

Buku : Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah

Assalamualaikum wbt.

Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Nabi Muhammad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada beliau. Kita hanya melihat Nabi Muhammad sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak, remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia.

Di dalam bukunya yang bertajuk, Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager, Muhammad Syafi’i Antonio memaparkan ciri-ciri kehandalan Nabi Muhammad dalam lapan bidang. Bidang-bidang itu adalah pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang-undang dan ketenteraan. Kelapan-lapan ciri ini berasal daripada satu sumber iaitu ajaran Islam.

Dengan demikian, kita perlu menyelami pelbagai aspek kehidupan Nabi Muhammad dan bukan membatasi pada aspek spiritual sahaja. Aspek spiritual adalah roh kepada keseluruhan aspek kehidupan yang membawa manusia mencapai kejayaan.

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 


Ahad, 28 Januari 2018

The Richest Man in Babylon- In Malay

"Cahaya mentari yang bersinar pada hari ini adalah cahaya yang sama bersinar pada hari ayah kita dilahirkan, dan akan tetap bersinar apabila keturunan kita yang terakhir meninggal dunia"

- Algamish, antara lelaki terkaya di Babylon.

Ribuan tahun sudah berlalu. Para Babylonian tidak hanya meninggalkan serpihan sejarah kota yang penuh kegemilangan untuk kita kenang, malah ilmu kewangannya yang mantap untuk kita fahami dan amalkan. George S. Clason berjaya memecah rahsia kekayaan para Babylonian lalu memuatkannya ke dalam naskhah ini. Menerusi gaya penceritaan yang mudah, naskhah bestseller sepanjang zaman ini akan mengacu perjalanan kita bagi mencapai segala impian, dan kemahuan dalam hidup.

Diangkat sebagai karya klasik moden, buku ini menawarkan penyelesaian bagi kita yang mahu keluar dari kepompong masalah kewangan, seterusnya menjadi kaya dan berjaya.

Baca dan hadiahkan buku ini kepada mereka yang tersayang sekiranya anda mahu generasi anda hidup kaya dan sejahtera.