Ahad, 31 Julai 2016

3 Jenis ‘pemilik buku’

Ada 3 Jenis ‘pemilik buku’ yang perlu anda tahu..

Jenis yang pertama

Terdapat jenis orang yang suka membeli buku tetapi tidak pernah membacanya.

Selalunya orang yang sebegini hanya ‘minat’ kepada penulis. Mereka hanya mengikut trend semasa. Mereka terpikat dengan senireka muka depan, dan terjebak dalam perlumbaan mengumpul buku edisi ‘collector item’.

Orang sebegini hanya mencintai buku dengan kekayaan, bukan dengan kebijaksanaan.

Jenis yang kedua

Kemudian, terdapat juga jenis pemilik buku yang membeli tetapi hanya jarang-jarang membaca setiap helaian buku tersebut sampai habis.

Mereka hanya membelek-belek beberapa helai muka depan sebelum semakin memperlahankan rentak, dan akhirnya terhenti.

Seperti jenis orang pertama, buku-bukunya akan kelihatan masih baru walaupun selepas 10 tahun membelinya.

Jenis ketiga

Dan jenis orang yang terakhir, pemilik buku yang mempunyai buku-buku yang berkumal, helaiannya hampir longgar, dan paling penting, terdapat conteng-contengan dan tanda dari depan hingga ke belakang buku.

Jenis pemilik buku yang terakhir inilah selalunya pembaca yang mampu menyerap buku hingga ke salur darah. Mereka mengingat apa yang mereka telah baca.

Dan pembaca jenis terakhir inilah kita semua patut jadi.

Sumber:

http://akuislam.com/blog/produktiviti/menyerap-mengingat-buku-dibaca/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan