Ahad, 31 Julai 2016

3 Jenis ‘pemilik buku’

Ada 3 Jenis ‘pemilik buku’ yang perlu anda tahu..

Jenis yang pertama

Terdapat jenis orang yang suka membeli buku tetapi tidak pernah membacanya.

Selalunya orang yang sebegini hanya ‘minat’ kepada penulis. Mereka hanya mengikut trend semasa. Mereka terpikat dengan senireka muka depan, dan terjebak dalam perlumbaan mengumpul buku edisi ‘collector item’.

Orang sebegini hanya mencintai buku dengan kekayaan, bukan dengan kebijaksanaan.

Jenis yang kedua

Kemudian, terdapat juga jenis pemilik buku yang membeli tetapi hanya jarang-jarang membaca setiap helaian buku tersebut sampai habis.

Mereka hanya membelek-belek beberapa helai muka depan sebelum semakin memperlahankan rentak, dan akhirnya terhenti.

Seperti jenis orang pertama, buku-bukunya akan kelihatan masih baru walaupun selepas 10 tahun membelinya.

Jenis ketiga

Dan jenis orang yang terakhir, pemilik buku yang mempunyai buku-buku yang berkumal, helaiannya hampir longgar, dan paling penting, terdapat conteng-contengan dan tanda dari depan hingga ke belakang buku.

Jenis pemilik buku yang terakhir inilah selalunya pembaca yang mampu menyerap buku hingga ke salur darah. Mereka mengingat apa yang mereka telah baca.

Dan pembaca jenis terakhir inilah kita semua patut jadi.

Sumber:

http://akuislam.com/blog/produktiviti/menyerap-mengingat-buku-dibaca/

Jumaat, 8 Julai 2016

PUSTAKA MUASZ BEROPERASI !!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar semua pengunjung setia laman PUSTAKA MUASZ ?
Terima kasih kerana masih setia melawati dan mengunjungi laman usang ini.

InsyaAllah dengan rahmat dan berkat daripada Allah jua, PUSTAKA MUASZ akan beroperasi semula selepas cuti Aidilfitri ini. Kami mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung untuk mendapatkan info bermanfaat daripada kami dan membeli buku-buku yang kami sediakan untuk faedah kita bersama.  

Bangsa membaca, bangsa berjaya!


Sabtu, 2 Julai 2016

Balik Kampung Berhari Raya

Assalamualaikum, salam sejahtera

Cuti sekolah sudah pun bermula sempena sambutan Aidulfitri pada minggu depan, insyaAllah pada 6 Julai 2016 iaitu hari Rabu. Barangkali sehari dua ini ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut lebaran bersama keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan di kampung halaman.

Oleh itu, berhati-hatilah semasa memandu di jalanraya dan patuhi had laju serta pastikan keupayaan diri dan kenderaan dalam keadaan stabil. Ingatlah orang yang tersayang.

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.