Jumaat, 24 Jun 2016

10 Akhir Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Masa berlalu begitu pantas dan laju. Sedar atau tidak kita umat Islam telah pun berada pada 10 akhir Ramadhan. Allahu akbar!

Sepertimana umum mengetahui bahawa bulan Ramadhan disebut oleh Rasulullah s.a.w.  ada 3 bahagian; awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya keselamatan dari api neraka. Bermakna lebih kurang 10 hari pada setiap bahagian di dalam sebulan berpuasa Ramadhan. Namun sebanyak mana amal soleh yang telah kita laksanakan untuk merebut ganjaran besar yang telah Allah Taala janjikan kepada hamba-hambaNya.

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Bulan tarbiyah (mendidik). Bulan Al-Quran dan bulan Lailatu al-Qadr. Dibuka pintu-pintu syurga dan dikunci pintu-pintu neraka sebagai tanda betapa besarnya rahmat Allah Taala Yang Maha Agung. Bahkan dilipat ganda ganjaran amal ibadah dan amal soleh berbanding pada hari-hari biasa. Subhanallah!

AYUH sama-sama kita rebut peluang yang masih berbaki ini.

Selasa, 14 Jun 2016

HADIAH HARI GURU 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sebelum cuti pertengahan tahun baru-baru ini pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru. Penulis telah menerima banyak hadiah daripada anak-anak murid.. Hadiah yang paling berharga bagi diri penulis adalah dua buah buku. Dua buah buku yang sangat menarik dan berguna pada diri ini. Buku yang diterima tepat pada masanya.


Jumaat, 10 Jun 2016

RAMADHAN tiba lagi

Assalamualaikum..sudah masuk hari ke-5 hari ini umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Bagaimana Ramadhan kita?