Rabu, 7 Disember 2016

BUKU BARU DI PUSTAKA MUASZ

BERKEBUN EMAS DENGAN SEDEKAH

Sebuah buku terbitan Pustaka Azhar yang diterbitkan pada tahun 2015. Hasil karya Huriadi Panggabean dan disemak oleh Ustaz Mohd Nizam Ab. Razak. 

Buku Berkebun Emas Dengan Sedekah menjelaskan kepada para pembaca berkenaan zakat, infaq dan sedekah serta kelebihan dan faedahnya. 

Turut mengisahkan beberapa contoh teladan berkenaan sedekah yang berlaku pada kalangan salaf as-solihin.

Selamat membaca dan menikmati keenakkan ilmu.



Ahad, 31 Julai 2016

3 Jenis ‘pemilik buku’

Ada 3 Jenis ‘pemilik buku’ yang perlu anda tahu..

Jenis yang pertama

Terdapat jenis orang yang suka membeli buku tetapi tidak pernah membacanya.

Selalunya orang yang sebegini hanya ‘minat’ kepada penulis. Mereka hanya mengikut trend semasa. Mereka terpikat dengan senireka muka depan, dan terjebak dalam perlumbaan mengumpul buku edisi ‘collector item’.

Orang sebegini hanya mencintai buku dengan kekayaan, bukan dengan kebijaksanaan.

Jenis yang kedua

Kemudian, terdapat juga jenis pemilik buku yang membeli tetapi hanya jarang-jarang membaca setiap helaian buku tersebut sampai habis.

Mereka hanya membelek-belek beberapa helai muka depan sebelum semakin memperlahankan rentak, dan akhirnya terhenti.

Seperti jenis orang pertama, buku-bukunya akan kelihatan masih baru walaupun selepas 10 tahun membelinya.

Jenis ketiga

Dan jenis orang yang terakhir, pemilik buku yang mempunyai buku-buku yang berkumal, helaiannya hampir longgar, dan paling penting, terdapat conteng-contengan dan tanda dari depan hingga ke belakang buku.

Jenis pemilik buku yang terakhir inilah selalunya pembaca yang mampu menyerap buku hingga ke salur darah. Mereka mengingat apa yang mereka telah baca.

Dan pembaca jenis terakhir inilah kita semua patut jadi.

Sumber:

http://akuislam.com/blog/produktiviti/menyerap-mengingat-buku-dibaca/

Jumaat, 8 Julai 2016

PUSTAKA MUASZ BEROPERASI !!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar semua pengunjung setia laman PUSTAKA MUASZ ?
Terima kasih kerana masih setia melawati dan mengunjungi laman usang ini.

InsyaAllah dengan rahmat dan berkat daripada Allah jua, PUSTAKA MUASZ akan beroperasi semula selepas cuti Aidilfitri ini. Kami mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung untuk mendapatkan info bermanfaat daripada kami dan membeli buku-buku yang kami sediakan untuk faedah kita bersama.  

Bangsa membaca, bangsa berjaya!


Sabtu, 2 Julai 2016

Balik Kampung Berhari Raya

Assalamualaikum, salam sejahtera

Cuti sekolah sudah pun bermula sempena sambutan Aidulfitri pada minggu depan, insyaAllah pada 6 Julai 2016 iaitu hari Rabu. Barangkali sehari dua ini ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut lebaran bersama keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan di kampung halaman.

Oleh itu, berhati-hatilah semasa memandu di jalanraya dan patuhi had laju serta pastikan keupayaan diri dan kenderaan dalam keadaan stabil. Ingatlah orang yang tersayang.

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.







Jumaat, 24 Jun 2016

10 Akhir Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Masa berlalu begitu pantas dan laju. Sedar atau tidak kita umat Islam telah pun berada pada 10 akhir Ramadhan. Allahu akbar!

Sepertimana umum mengetahui bahawa bulan Ramadhan disebut oleh Rasulullah s.a.w.  ada 3 bahagian; awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya keselamatan dari api neraka. Bermakna lebih kurang 10 hari pada setiap bahagian di dalam sebulan berpuasa Ramadhan. Namun sebanyak mana amal soleh yang telah kita laksanakan untuk merebut ganjaran besar yang telah Allah Taala janjikan kepada hamba-hambaNya.

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Bulan tarbiyah (mendidik). Bulan Al-Quran dan bulan Lailatu al-Qadr. Dibuka pintu-pintu syurga dan dikunci pintu-pintu neraka sebagai tanda betapa besarnya rahmat Allah Taala Yang Maha Agung. Bahkan dilipat ganda ganjaran amal ibadah dan amal soleh berbanding pada hari-hari biasa. Subhanallah!

AYUH sama-sama kita rebut peluang yang masih berbaki ini.

Selasa, 14 Jun 2016

HADIAH HARI GURU 2016

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sebelum cuti pertengahan tahun baru-baru ini pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru. Penulis telah menerima banyak hadiah daripada anak-anak murid.. Hadiah yang paling berharga bagi diri penulis adalah dua buah buku. Dua buah buku yang sangat menarik dan berguna pada diri ini. Buku yang diterima tepat pada masanya.


Jumaat, 10 Jun 2016

RAMADHAN tiba lagi

Assalamualaikum..sudah masuk hari ke-5 hari ini umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Bagaimana Ramadhan kita?


Jumaat, 8 April 2016

DIDIK MEMBACA DARI USIA KECIL - 4

9- Nyanyian berunsur Ilmu dan Teladan

- Adakah sukar dan susah untuk anda bernyannyi bersama anak-anak? Bukan nyanyian balada mahupun poprock atau dangdut. Tetapi bernyanyilah bersama mereka dengan senikata yang berunsur ilmu dan teladan. Sudah banyak lagu-lagu yang direka khas untuk anak-anak taska dan pra-sekolah boleh digunakan. Melalui nyanyian akan menyeronokkan anak-anak dalam proses pembelajaran. Pada usia dini mereka juga lebih mudah mengingati senikata dan lagu yang didengari. AWAS! Elakkan mereka dari mendengari lagu-lagu yang tidak bermanfaat dan lagho. Mereka mudah ingat senikata dan akan sering menyebutnya.

- Bernyanyi ABC, 123, Alif Ba Ta dan sebagainya sambil bergurau senda bersama anak-anak akan menggembirakan mereka. Percayalah, gelak tawa anak-anak akan menghilangkan stress kita dan menambahbaik sel-sel kuasa positif dalam diri mereka. Cubalah!

10- Permainan berunsur Ilmu

- Kad huruf, buku mini, poster, mainan lego blok dan seumpamanya adalah alat mainan yang sangat sesuai terutama anak yang berusia 3 tahun ke atas. Pastikan anda bersama mereka ketika mereka bermain dengan alat mainan tersebut.

- Paparan audio / video juga boleh digunakan apabila anak-anak telah mencapai tahap umur yang sesuai sekitar empat tahun ke atas. Awasi mereka dan mengelak secara bijaksana apabila anak anda ingin memegang atau mengendalikan sendiri alatan audio/video tersebut.

- Ibubapa amat disarankan agar menjadi seorang guru kepada anak-anak ketika mengendalikan alatan mainan tersebut.


Sebahagian dari tips di atas boleh diusahakan sejak anak berada dalam kandungan lagi. Sebahagiannya ketika anak berusia setahun, dua, tiga dan empat tahun. InsyaAllah jika Allah Taala izinkan dengan usaha dan doa kita yang berterusan, anak-anak boleh membaca seusia empat tahun.
Selain itu, kita boleh menggalakkan anak-anak sejak dari usia akhir dua tahun mengingati doa-doa harian yang ringkas. Sering menyebut dan dibacakan kepada mereka setiap kali sesuatu perbuatan seperti ketika makan, hendak tidur, masuk tandas, memberi salam ketika masuk rumah dan sebagainya. Apabila anak-anak selalu mendengar secara langsung mereka akan mengingatinya.

SELAMAT BERAMAL!

IBU BAPA MITHALI KEBANGGAAN PERTIWI

Rabu, 6 April 2016

AL-FATEH GUMMI GENIUS

Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Alhamdulillah,
Kami ingin memperkenalkan satu produk yang sangat baik untuk anak-anak dan anda sendiri. Gabungan makanan sunnah yang diadun dari campuran kismis, madu, za'faran dan garam bukit. Lalu dijadikan gula-gula jelli yang menarik minat anak-anak dan orang muda untuk menikmatinya. Bukan sahaja sedap bahkan berkhasiat, halal lagi suci. Ramuan khas untuk  kecerdasan minda dan kesihatan jasmani.

Cubalah hari ini!
Hubungi: 012-324 3508 ( whatsapp/Sms/call )  

Al-Fateh Gummi Genius

Isnin, 28 Mac 2016

MEMBACA BUKU

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Taala kerana berkesempatan untuk menulis dan berkongsi tazkirah/peringatan di sini.

Mudahan semua pembaca dan pelawat dalam keadaan sejahtera. Ameen...




Jumaat, 18 Mac 2016

Buku-buku baru awal tahun 2016!

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi semua.

Beberapa buah buku baru yang berada di Pustaka Muasz pada awal tahun 2016 baru-baru ini. Kami sajikan untuk anda buku berkenaan kewangan dahulu. Memandangkan ekonomi negara di tahap mendukacitakan sehingga menjejas ekonomi keluarga dan individu. Maka kami bawakan untuk anda dua buah buku pilihan kami:-




Isnin, 8 Februari 2016

DIDIK MEMBACA DARI USIA KECIL -3

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? 

Mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis. Masa dan idea yang tidak sesuai untuk diluangkan di sini. Alhamdulillah hari ini mendapat peluang untuk menulis. Kita sambung penulisan yang lalu... sambungan...

6- Tampal poster huruf-huruf dan nombor di bilik mereka
- Antara kaedah lain untuk menggalakkan anak-anak membaca dan mengira adalah dengan menampal kad-kad huruf dan nombor atau poster dinding. Kad dan poster tersebut turut memuatkan gambar-gambar  yang menarik. Dengan cara ini akan menambah minat mereka dan mudah mengingati huruf-huruf dan nombor tersebut.

7- Selalu membawa mereka ke perpustakaan dan kedai buku
- Jika ibu bapa bersama anak-anak ke pusat membeli-belah, jangan lupa singgah ke kedai buku atau ruang menjual bahan-bahan bacaan yang terdapat di pasaraya tersebut. Tunjukkan kepada mereka gambar-gambar dan huruf-huruf serta nombor-nombor. Tunjukkan kepada mereka kita sibuk memilih beberapa buah buku. Lucunya apabila mereka yang baru usia 2-3 tahun meniru gaya kita.
- Sebaiknya kita tidak pulang dan berlalu pergi tanpa membelikan untuk mereka suatu bahan bacaan. Belikanlah untuk anak-anak sejenis bahan bacaan yang sesuai.  Jangan lokek  untuk membelikan bahan bacaan untuk anak-anak. InsyaAllah, berbaloi.

8- Ibu bapa membacakan untuk anak2
- Luangkan masa bersama anak-anak dengan menemani mereka membaca.  Membacakan, mendengar bacaan mereka, membetulkan sebutan dan sebagainya. Selain itu, ibubapa sebaiknya bersoal jawab dengan anak-anak seperti menunjuk gambar-gambar menarik dan melayani pertanyaan mereka.
- Jika ibubapa membacakan buku-buku kisah teladan atau cerita kepada anak-anak adalah sebaiknya dinyatakan moral dari kisah-kisah yang dibacakan. Dan memberi ransangan agar mereka mencontohi moral yang baik dari kisah tersebut.

Selasa, 12 Januari 2016

BUKU TERBITAN DEWAN PUSTAKA FAJAR

Assalamualaikum w.b.t.

Di sini beberapa buah buku yang tidak asing lagi untuk para pencinta ilmu dan Islam.
Buku-buku terbitan Pustaka Fajar yang perlu anda miliki untuk memahami Islam dalam konteks yang lebih luas.

>>> DAPATKAN DARIPADA KAMI DI PUSTAKA MUASZ  HARI INI !!
>>> Terima kasih :)

Whatsapp/sms : 012 3243508